Pertama kali berbekam

Ada yang tak tahu apa itu bekam? Merupakan salah satu dari amalan sunah Nabi di mana kini begitu popular dalam kalangan masyarakat Timur sehingga sekarang. Untuk details, boleh tanya pakcik GOOGLE.

Cuti yang panjang membenarkan saya melakukan sesi bekam membekam ni. Buat pengetahuan semua ini merupakan kali pertama saya buat bekam. Orang cakap, perempuan tak elok buat bekam sebab tiap-tiap bulan arah kotor akan keluar sendiri. Tapi bila ditanya adik yang buat bekam tu (saya panggil S sahaja) dia cakap tak semestinya, yang tiap-tiap bulan tu tak semstinya tiap-tiap bulan keluar sebab ikut orang. Jadinya buat bekam ni topup mana yang patut. Tak kisah laa apa pun kalau rasa berani nak buat tu, buat je la.

Adik S ni baru lagi dalam rawatan ni. Beliau sebenarnya tak buat bisnes pon sbb beli alatan bekam untuk merawat keluarga perempuan dia. Kan susah nak buat rawatan sbb kebanyakan yang buat rawatan ni lelaki dan cas mahal pulak tu. Selain bekam, adik ni buat rawatan urut-mengurut dengan rawatan Islam yang lain (cth rasuk ke ape ke). Bagus budaknya. Datang dari rumah ke rumah ikut kelapangan. Bayaran? ikut seikhlas hati. Paham la kan…

Adik ni cakap kalau 1st time buat rawatan bekam, ada 3 titik utama yang kena bekam. Sila rujuk gambar contoh di bawah.

bekam

Sakit tak? Haha. Sakit sikit dari kena gigit semut api. Tapi kalau kena gigit banyak kali bukan sakit, tapi terkejut pun ada. Tapi jangan takut la, sakit sekejap je sebab lama-lama kebas. So, haritu buat 3 titik belakang ni ja. Kiri, kanan dan leher. Tak banyak sangat darah, ingatkan berjeli-jeli macam yang kita tgk kat YouTube (boleh lak hampa, haha) sebab sumpah sikit ibaratnya beberapa titik je yang keluar.

Kawan pernah cerita yang dia ada buat di muka bahagian tepi mata. Jadi, tanya la adik ni yang saya nak buat di situ. Dia cakap takde masalah, boleh je buat. Rawatan untuk muka ni sesuai yang ada resdung, nak awet muda, kolagen. Pendek kata yang nak cantik pon boleh tapi nak tggu lebamnya hilang saboo je la. Heh.

Serius bila buat kat tepi mata tu darah banyak sangat yang keluar. Berjeli-jeli ooo. Saja buat sebab saya rabun tapi xde resdung. katanya kalau banyak buih dan jeli kat darah tu sebab angin dan penyakit-penyakit lain. Anyway, sgt puas hati dengan servis yang dibuat. Sabar je adik tu melayan.

Sampai harini kesan lebam tu tak hilang. malamnya rawatan kawan-kawan semua tanya ada rasa apa-apa perubahan tak? nak cakap pun tak tahu sebab baru baik dari demam, sakit kepala masih berbaki. Lepas je rawatan sakit kepala masih tak hilang, dalam 2 hari jugak hilang. Cuma yang paling ketara bangun pagi yang esoknya (lepas rawatan) muka tak berminyak macam dulu. Biasala kita bangun pagi muka macam kali goreng telur, minyak memang banyak. Sebab memang rutin saya pagi-pagi akan pegang hidung rasa berapa banyak minyak kumpul sepanjang malam. Bila bangun pagi minyak sikit macam tak puas hati pun ada gak. Haha.

Alhamdulillah, itu je yang boleh saya komen. Siapa yang rasa nak buat bekam kat muka tu, buat la. Elok untuk yang resdung atau jerawat, minyak terlalu banyak. Tahan lebam je seminggu dua. Lama-lama hilang la tu.

Wallahualam.

JENIS-JENIS MASK

Salam & hai uols.

Kat sini saya nak bg senarai harga mask yang dijual. Boleh survey blog atau page kcantikan lain, kebanyakan mask akan dijual borong baru akan murah. Means, kena beli banyak2 la. Kalau malas nak beli byk2 (ye la, rugi la kan kalau x match dengan kulit muka), boleh beli dengan saya. Kadang-kadang saya bg free je kat customer yg byk shopping dengan saya. huhu

Oke, to the list:
a. Shiseido blackmask: RM 2.00 (3 keping)
b. Collagen lipmask: RM 2.00 (1 keping)
c. Collagen eye mask: RM 2.00 (1 pasang)

nak dropship? at least 25 keping ke atas ye bebeh-bebeh sekalian :)

580637_578575372155773_810837610_n 305555_387744124572233_1208451190_n 303473_387750817904897_2037532452_n

SHAMPOO LA BOURSE HAIR TREATMENT

Salam & hai semua.

Siapa di sini ada masalah rambut? kelemumuq dan seangkatan dengannya. Ni haa, nak habaq ada produk baguih untuk anda yg ada masalah sebegini ghupe.

Khas untuk yang mementingkan rambut yang cantik dan berkepuk-kepuk mcm artis boleh try ni. Lelaki pompuan boleh pakai.

P/s: sebelum feelin nak pakai rambut pelesu, meh pakai ni dulu. Dijamin tak menyesal. Hikhik

74921_640006389346004_2125759734_n 969741_640006122679364_702619706_n

HARUM MALAM

READY STOCK!!
FARAJ BERAIR DAN BERBAU ??
Senang saja ambil HARUM MALAM 2 KALI sehari..Insyaallah Kesan memang terbaik sebab tu dalam beberapa hari je kami semua penjual Harum Malam dapat jual hampir 1000++ botol!!

” Saya dah cuba Harum Malam ni memang berkesan..Masalah keputihan dah hilang! Bau2 semua dah tak ada dah..Bukan tu saja, sy rasa bau badan sy pun dah hilang la..Kenapa la sy baru jumpa produk ni..Kalau x mesti hubungan sy dengan suami hari2 macam pengantin baru!! hehe”

BERFUNGSI LAIN :

✔ Menaikkan keingginan dan tenaga
✔ Merawat keputihan
✔ Membunuh kuman dan fungus
✔ Mencegah bau vagina & Badan
✔ Menyamankan vagina
✔ Berfungsi sebagai anti bakteria
✔ Menghilangkan kegatalan
✔ Boleh digunakan ketika haid

p/s; Halal Jakim dan KKMsemua ada. dah lebih 7 tahun dalam pasaran.. complete :D

1471184_710370738976235_834296453_n

 

NEW YEAR, NEW STOCK! :D

Salam & hye. memang lama tak update kerna sibuk tahap dewa.

Maaf komen dgn wassap yang tak terbalas.

Saya ada tambah stok yang baru. Semoga anda akan gembira melihatnya (haha)

Harga? semua dah less gila-gila.

Cathy ke, pomegranate ke bla3 semua dah turun harga siap ada diskaun dengan free gift lagi. Jangan risau, saya bukan kedekut orangnya.

Oh ya, review? tunggu ye. InsyaAllah saya akan update. Mood tengah bercuti ni. So banyak laa masa yang terluang :D

Kalau yang tak sabar nak tgk produk dengan harga, sila klik link di bawah.

LINK FB: https://www.facebook.com/BeautyShopWannabe

SALES

Benarkah semakin tinggi kandungan glutha/collagen dalam produk kecantikan, semakin bagus kesannya?

599706_450103805057969_453858663_n 527707_450103731724643_298122900_n

Baiklah, apa yang anda faham akan post saya di atas?

Baru-baru ni (tak baru sangat, dekat 2 bulan lepas kot) saya ada menghadiri satu pameran/exhibition (saya tak pasti term yang betul). Saya tertarik dengan satu booth ni iaitu booth mengenai kolagen. Booth ini dibuka oleh sebuah universiti tempatan dan kajian mengenai kolagen talapia oleh penyelidik/pensyarah/student program Sains di sana. Saya tak mahu menulis panjang mengenai kelebihan kolagen ni sebab saya pasti ramai yang dah tahu. Kalau yang tak tahu tu boleh google sendiri. So, saya ambil kesempatan bertanyakan tentang produk kecantikan yang semakin tumbuh bak cendawan selepas hujan ni. Produk apa yang saya tanya? haruslah produk yang saya pernah pakai & jual. Baca elok-elok ya apa yang penyelidik tersebut cuba sampaikan.

“kandungan kolagen & gluta bergantung kepada umur & taraf kesihatan seseorang.

Semakin berumur seseorang, semakin tinggi kandungan uang diperlukan dalam sehari. tinggi tu macam mana? Umur 21 tahun (anggaran remaja) dan ke bawah, cukup sekadar 700mg-1000mg sahaja. Sebenarnya 1000mg sudah mencukupi untuk semua peringkat umur. paling tinggi kami suggest dalam sehari 2000mg. Kenapa sikit sangat? Okey, konsepnya begini, badan kita secara semulajadi

akan menarik keperluan yang diperlukan untuk badan jadi, kalau diambil berlebihan macam mana? Lebihan(excess) akan menjadi sia-sia dan tidak digunakan. Kiranya, jika anda mengambil sehari 20,000mg pun tidak berguna sebab kandungan yang terlalu tinggi

sehingga badan gagal untuk menyerap kebaikan kolagen/gluta tersebut. Ya, mungkin ada yang merasakan ‘putih je aku pakai, lembut je kulit aku pakai xde masalah’. tepuk dada tanya selera kerana ada sesetengah produk yang dicampur dengan bahan kimia (saya ulang, SESETENGAH) yang mengawal otak di mana otak akan menyampaikan insyarat dan setkan otak anda untuk kelihatan putih walhal tidaklah begitu. Bahan kimia ini sangat popular dalam pil-pil kuruskan badan.”

Kesimpulannya, apa yang cuba disampaikan penyelidik tersebut supaya akak-akak, adik-adik, makcik-makcik, termasuk saya sendiri supaya tidak mudah tertipu dan berusaha untuk membuat serba sedikit kajian. Sebab itu jugalah, ada sesetengah produk yang saya tidak jual di blog & FB dan ditukar dengan produk yang lain.

P/s: Jadilah pengguna yang bijak

Give me your support by LIKE my page on FB: FM Beauty Shop

KEMAS BLOG, KEMAS PRODUK, KEMAS SEGALA-GALANYA

Pagi yang jerebu di bumi Allah….

Lamanya tak update blog ni. Minta maaf pada yang menunggu dan ternanti-nanti post saya yang bertajuk:

1. Review Aura-White Pure L-Glutathion 400,000mg
2. Cara-cara nak tahu salon/spa itu bagus atau tidak
3. Benarkah semakin tinggi kandungan glutha/collagen dalam produk kecantikan, semakin bagus kesannya?
4. Set ekonomi pencerahan kulit yang berharga kurang dari RM100 (99.99% jaminan)
5. Senarai terkini & produk-produk baru (yang saya jual sahaja, bukan yang berada di pasaran)

Apa yang pasti akan ada produk yang akan ditambah & saya tidak akan jual semula. Kenapa? Ada yang saya update dengan customer sama ada produk tersebut berkesan atau tidak. Jadi, kalau dah tahu produk tersebut tak berapa oke, eloklah saya tak jual kecuali kepada siapa yang sudah biasa & memang nak beli sangat, saya jual juga tapi bukan untuk diiklankan. Orang cakap, jual sajalah. Bukan salah saya kalau produk tu tak berkesan bila orang lain pakai sebab lain orang lain kulitnya kann. Apa yang pasti, saya takkan puas kalau customer saya tak dapat result yang macam saya dapat. Untung banyak pun tak guna kalau dibelakang customer complain & sumpah seranah. Kalau siapa yang pernah membeli dengan saya, saya akan tanya serba sedikit demografi pelanggan saya. Bukan apa, senang saya nak buat kajian & soal selidik sedikit. Terima kasih saya ucapkan kepada regular customer yang repeat order & sabar tggu saya reply mesej & komen. Maaf juga saya ucapkan bagi yang terlepas pandang & tidak balas.
Maaf sekali lagi…

P/S: Doakan saya jadi rajin & kurang sibuk :3